fbpx
Now Reading
Majlis Harijadi Bujibu Disambut Meriah

Majlis Harijadi Bujibu Disambut Meriah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BfGjFkLgQxK/?hl=en&taken-by=bujibuchempel"][video src="https://www.instagram.com/p/BfGUtTThpKq/?hl=en&taken-by=haniszalikha"]

Dengan pengikut seramai 1.1 juta di Instagram, Bujibu Chempel, seekor kucing yang famous milik pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sering mencuri perhatian netizen dengan gelagat comel dan bersahaja bersama Yusuf Iskandar.

Ulang tahun ketiga kucing jenis British Shorthair ini disambut semalam ketika menghadiri majlis memperkenalkan duta sebuah produk makanan kucing bersama keluarga selebriti Hairul dan Hanis.

Kucing ini juga telah dilamar menjadi duta bagi produk makanan kucing jenama Purina. Selain itu, mereka turut mengadakan peraduan Giveaway produk makanan kucing ini kepada 50 ekor kucing lain yang bertuah.

Terbaru, Hanis Zalikha di Instagram ada memuat naik gelagat Yusuf memberikan makanan kepada di pusat perlindungan.

Bujibu kelihatan tenang sepanjang majlis pelancaran produk makanan tersebut. Walaupun, terpaksa melayan peminat untuk bergambar. Bujibu tetap menjadi kegilaan dalam kalangan peminat tegar kucing.

Terbaru, Bujibu muncul dalam sebuah rancangan realiti bersama Yusuf Iskandar dan peminat boleh mengikuti kecomelan pasangan ‘adik-beradik’ ini semasa menjalani kehidupan seharian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.