fbpx
Now Reading
Macam Naruto, Macam Penjual Ikan…Fesyen Neelofa Dikecam Netizen

Macam Naruto, Macam Penjual Ikan…Fesyen Neelofa Dikecam Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Neelofa mencuri tumpuan netizen di media sosial menerusi pakaian yang digayakannya ketika hadir dalam satu acara fesyen.

Pengacara program Meletop ini menampilkan gaya fesyen bersama jaket dengan seluar berwarna jingga dipadankan dengan turban dan ‘pouch bag’ besar di pinggang.

Pelbagai komen dilontarkan netizen terhadap gayanya itu yang dimuat naik foto menerusi akaun Instagramnya.

Ada netizen yang meluahkan perasaan terkejut, menyamakan fesyen tersebut dengan kartun Naruto versi muslimah, ‘wardrobe malfunction’, mangsa fesyen dan juga ada yang mempersoalkan mengapa pemilik bisnes tudung Naelofar Hijab itu sanggup berfesyen sedemikian.

Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji kecantikan Neelofa dengan gaya tersebut selain menyukai dan memahami fesyen yang ditampilkan.

Neelofa sebelum ini menjadi duta untuk satu kempen anti buli mengkritik tindakan netizen yang melemparkan komen negatif di media sosial.

Sumber : Awani , Instagram Neelofa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.