Hairul & Hanis Dikritik Netizen Selepas Mengaku Tidak Mengundi Atas Alasan Sibuk Kerja
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Walaupun Proses Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) sudah berlalu, namun topik ini masih hangat jadi bualan netizen. Baru-baru ini, menerusi Astro Awani, pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mengaku tidak keluar mengundi kerana sibuk shooting.
Isu itu membangkitkan kemarahan orang ramai di laman Twitter. Ramai menganggap pasangan ini tidak layak menjadi artis kerana mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib negara. Apa kata anda?
Menerusi perkongsian Hairul Azreen di Astro Awani, dia melahirkan rasa terkilan tidak dapat keluar mengundi. Tambahan, mereka terlibat penggambaran koleksi baju hari raya. Hanis turut akui pengurus sudah menetapkan tarikh itu memandangkan mereka kekangan masa. Kenyataan itu dibidas teruk netizen yang menganggap alasan itu tidak masuk akal.
Nenek 90 tahun pun mengundi tau!
Lagi respon netizen terhadap pasangan ini.
Pengajarannya lepas ni mana yang dah layak mengundi silalah mengundi yea! Satu undi pun dikira untuk mengubah mada depan negara!
Sumber : Oh Bulan , Twitter