fbpx
Now Reading
Kecoh Di Media Sosial Lelaki 41 Tahun Kahwin Dengan Gadis Berumur 11 Tahun…Ini Kisahnya

Kecoh Di Media Sosial Lelaki 41 Tahun Kahwin Dengan Gadis Berumur 11 Tahun…Ini Kisahnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Poligami menjadi isu yang tidak berkesudahan untuk dibincangkan. Masalah kemampuan si suami untuk memenuhi nafkah zahir dan batin isteri-isterinya menjadi persoalan utama bagi mereka yang kurang bersetuju, namun apa yang pasti Islam membenarkan poligami.

Seorang wanita meluahkan kisah suaminya yang berkahwin untuk kali ketiga dan isteri baru suaminya itu buat ramai terkedu.

Turut diluahkan adalah derita yang ditanggung mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Wanita ini berkata dia sudah penat bekerja untuk membesarkan anak-anak mereka. Apabila wang belanja diminta, hanya sumpah seranah diberikan. Malahan mereka tidak pernah beraya atau bercuti bersama, tambah individu itu lagi.

Tambah wanita ini lagi, dia dan isteri pertama suaminya bersama anak tiri sudah berbincang mengenai hal ini namun nasihat diberikan kepada suami mereka tidak berhasil. Lelaki itu tetap merasakan dia betul.

Netizen yang tidak berada di tempat mereka sudah tentunya tidak memahami situasi mereka, ujar wanita ini lagi.

Wanita ini juga menyatakan pendiriannya tidak menyalahkan madu barunya itu namun menyalahkan suaminya. Mesej aplikasi Whatsapp dari madu 11 tahun kepada anak tirinya turut dimuatnaik.

Antara lain madu itu mendakwa dia tidak tergila-gilakan suaminya itu namun lelaki itu yang meminatinya.

Reaksi netizen di media sosial mengenai perkara ini rata-rata marah dan bengang dengan kejadian ini dan berhadap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut.

Sumber : OhBulan, Twitter

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.