fbpx
Now Reading
Isteri Tak Hamil Walaupun Sering Bersama, dan Doktor Sahkan Isteri Masih Dara?

Isteri Tak Hamil Walaupun Sering Bersama, dan Doktor Sahkan Isteri Masih Dara?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan  suami isteri yang berusaha untuk mendapat anak selama empat tahun diberitahu bahawa mereka selama ini melakukan kesilapan semasa hubungan seks.

Suami yang tidak dinamakan berusia 26 tahun dan isterinya, 24, dari bandar Bijie di China, terpaksa berjumpa doktor awal tahun ini untuk memeriksa jika mereka mempunyai masalah untuk proses hamil.

Tetapi apabila mereka bertemu pakar obstetrik, Dr Liu Hongmei, mereka mendapat tahu satu perkara mengejutkan.

Ketika ditanya tentang latar belakang perubatan si isteri dalam pertemuan itu, Dr Hongmei diberitahu bahawa pasangan itu kerap melakukan hubungan seks.

Isterinya juga mendedahkan pengalaman kesakitannya yang ‘luar biasa’ setiap kali mengadakan hubungan seks, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Berdasarkan ceritanya, doktor percaya bahawa dia mungkin mempunyai sejenis penyakit ginekologi.

Tetapi selepas pemeriksaan dilakukan, si isteri didapati masih lagi dara.

Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan percaya telah mengenal pasti punca kepada masalahnya.

Pasangan itu dikatakan melakukan kesilapan dengan melakukan seks anal selama empat tahun, mengakibatkan kegagalan untuk hamil.

“Pasangan itu sangat muda, yang lelaki 26 tahun dan wanita 24 tahun. Mereka sangat sihat, tetapi walaupun telah berkahwin selama empat tahun tidak dapat mengandung.

“Disebabkan itu keluarga mereka memberikan banyak tekanan,” kata doktor itu.

Dr Hongmei dilaporkan menyerahkan buku panduan seks dan ‘garis panduan’ sebelum dibenar pulang ke rumah.

Nasihat itu nyata berfungsi, apabila wanita itu dikhabarkan hamil beberapa bulan kemudian.

Mereka dilaporkan memaklumkan kepada doktor itu yang kini telah bersara bahawa mereka akhirnya berjaya dengan menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup sebagai hadiah kepada hospital tempatnya bekerja dulu.

“Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum sangat jarang berlaku.

“Tetapi sangat jarang sekali orang ramai kurang pengetahuan atau salah faham tentang hubungan seksual.” –MetroUK

Sumber : mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.