fbpx
Now Reading
Netizen Puji Lagu Anta Permana Tetapi Kecewa Dengan Muzik Video Sebab…

Netizen Puji Lagu Anta Permana Tetapi Kecewa Dengan Muzik Video Sebab…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza bukan asing lagi dalam industri seni nyanyian tanah air. Karya seni suara penyanyi nombor 1 Malaysia ini tidak pernah mengecewakan peminat.

Tetapi MV lagu terbaru, Anta Permana seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip itu kurang menarik. Ramai juga yang mengecam MV Anta Permana ini, anda pula bagaimana?

Muzik video ini dilancarkan pada 4 Oktober lalu menerusi saluran akaun DatoSNurhalizaVevo dan telah mendapat lebih kurang 323ribu tontonan di laman Youtube. Turut mendapat 24ribu tanda like dan 474 tanda tidak suka.

Ramai yang memuji muzik lagu Anta Permana ini dan seiring dengan suara lunak Dato Seri Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Sumber: Youtube , Oh Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.