fbpx
Now Reading
Apa Salahnya Jadi Cikgu Suraya?

Apa Salahnya Jadi Cikgu Suraya?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, tatkala bernama Suraya, seorang gadis diserang dengan gurauan berbaur lucah di laman sosial

Image from Twitter @_itsmesuraya

Pada Ahad, 14 Oktober yang lalu, Suraya atau nama penuhnya Anis Suraya Mohamad Sukri telah memuat naik gambarnya di laman Twitter menyatakan ketidaksabarannya bergelar guru. Ekoran menggunakan gelaran ‘Cikgu Suraya’, dia telah menerima gambar lucah daripada lelaki tidak dikenali menerusi mesej peribadi di Twitter.

Bukan itu sahaja, dia juga diserang seorang lelaki yang mendakwa dirinya sengaja mencari publisiti kerana menggunakan gelaran itu.

Sedih disamakan dengan Cikgu Suraya
Image from Twitter @_itsmesuraya

Suraya kemudiannya telah diserang bertubi-tubi oleh lelaki berkenaan menerusi DM Twitter. Insiden itu turut memberi kesan kepada dirinya.

Paparan skrin cikgu suraya 1
paparan skrin cikgu suraya 2
paparan skrin cikgu suraya 3

Katanya, “Saya migrain sebab hari pertama tu saya menangis semalaman memikirkan apa kesalahan saya. Saya sampai tertanya-tanya pada diri sendiri kenapalah nama aku Suraya.”

“Saya dahlah tengah mengajar sekarang ni, sampai anak murid tanya Cikgu Suraya OK tak? Saya terbawa-bawa emosi, cakap kat anak murid jangan panggil saya Cikgu Surayalah.

“Panggil je saya Cikgu Yaya dan anak murid saya pun tertanya-tanya. Serius gurauan itu betul-betul buat saya trauma dan sedih. Saya sampai terpaksa tenangkan diri untuk kembali fokus mengajar,” tambahnya lagi.

Cikgu Suraya merupakan satu watak daripada cerpen lucah popular era 90-an

Gadis tersebut berkata dia tidak tahu langsung tentang kewujudan watak daripada cerpen kontroversi itu sebelum memuat naik gambarnya di laman sosial Twitter.

“Sejujurnya saya tak pernah tahu dan tak pernah baca pun cerpen tersebut sehingga ada kawan yang beritahu saya mengenainya.

“Nama saya memang Suraya takkan saya nak letak nama lain, takkan saya nak letak Cikgu Sue. Keluarga saya pun panggil saya Suraya, nak buat macam manakan,” ujarnya.

Lanjutan daripada perkara ini, ramai netizen yang membela dan mempertahankan gadis itu

cikgu suraya
cikgu suraya
cikgu suraya 3
 Menerusi laporan MStar, Suraya berkata, “Pada awalnya saya memuat naik gambar saya di Twitter dengan kapsyen ‘1 week left to become Cikgu Suraya’ kerana saya ingin berkongsi perasaan gembira bakal bergelar guru dengan kawan-kawan saya.”

“Tak sangka lepas tu saya dapat banyak notifikasi. Ramai lelaki yang tweet benda pelik-pelik, pasal Amir… basikal dan hujan. Saya jadi ‘blur’ dan jawab semua mesej tu elok-elok.

“Tiba-tiba ada satu hari tu saya dapat DM daripada seorang lelaki yang mesej saya dengan cara yang agak kasar. Macam-macam dia cakap kat saya… dia ‘sound’ saya kata saya jadi punca dia dikecam netizen,” tambahnya lagi.

Sumber : Seismik, Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.