fbpx
Now Reading
The Muraka, Sebuah Penginapan Yang Tidak Murah!

The Muraka, Sebuah Penginapan Yang Tidak Murah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BpKD4jZjqje/?taken-by=neelofa"][video src="https://www.instagram.com/p/BpJn1-GjnqW/?taken-by=neelofa"][video src="https://www.instagram.com/p/BpMXONDDxjm/?taken-by=neelofa"][video src="https://www.instagram.com/p/BpM-XeKD0JP/?taken-by=neelofa"][video src="https://www.instagram.com/p/BpOlJ6MjwXu/?taken-by=neelofa"]

Bertuahnya menjadi seorang Neelofa apabila bukan hanya fesyen malah apa sahaja yang dilakukannya menjadi perhatian umum.

Baru-baru ini pula tular foto-foto penginapan mewah pengacara MeleTOP itu yang kini berada di kepulauan Maldives.

Bukan biasa-biasa percutian itu memandangkan harga hotel mewah bawah air tempat Neelofa menginap sebenarnya mencecah harga RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai)! Wow!

“I feel very, very, very lucky to be the third person in the world to experience this! This is definitely one for the books,” kata Neelofa.

Istimewanya, menurut carian di laman rasmi lokasi penginapan mewah The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island itu, villa bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia.

The Muraka diberitakan akan mula dibuka kepada pengunjung bermula November ini dan Neelofa menjadi individu ketiga dunia yang diberikan kesempatan menginap di situ.

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibinia di bawah 16.4 kaki dari paras laut.

Tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.

Apa kata anda jamu mata melihat foto-foto menarik percutian Neelofa di The Muraka, Maldives!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.