fbpx
Now Reading
Polis Evo 2 Raih Kutipan RM35 Juta Pada Hari Pembukaan

Polis Evo 2 Raih Kutipan RM35 Juta Pada Hari Pembukaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru baru ini, Filem aksi Polis Evo 2 yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM TBK mencipta rekod baharu apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaannya pada 22 November lalu.

Gambar: Astro Gempak

Naib Presiden Dan Ketua Bahagian Melayu Dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya mengharapkan momentum yang sama akan berkekalan hingga ke minggu seterusnya.

Gambar: Mangga Media

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton Malaysia dan Brunei kerana memberi sokongan padu kepada Polis Evo 2.”

“Terbaharu, Polis Evo 2 akan memulakan tayangan awal di Singapura pada 23, 24 dan 25 November sebelum diluncurkan secara rasmi pada 29 November depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Sumber: Kosmo

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.