fbpx
Now Reading
Anggota Bomba Semakin Stabil Dan Dipindahkan Ke IJN

Anggota Bomba Semakin Stabil Dan Dipindahkan Ke IJN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan antara pakar perubatan IJN dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.

Gambar: Ohbulan

“Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.”

“Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya,” katanya pada pemberita selepas melawat mangsa di SJMC sebelum dipindahkan ke IJN.

Gambar: Utusan

Keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari Selasa selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif,” kata Zuraida.

Ambulans membawa Mohamad Adib dari SJMC ke IJN pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.