fbpx
Now Reading
Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Bersanding Kali Ke 2

Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Bersanding Kali Ke 2

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun sudah berkahwin selama 13 tahun, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya bersanding sekali lagi atas pelaminan indah bertemakan taman pada baru-baru ini. Kedua-dua mempelai tampak cukup bahagia dan senyuman manis tak lekang diukir.

Mesti ramai yang bertanya, mengapa perlu ada persandingan kedua? Atau tidak cukup majlis perkahwinan yang berlangsung 13 tahun dahulu sementelah mereka bahagia menjalani kehidupan berumah tangga.

Majlis itu berlangsung sebenarnya kerana ingin menyempurnakan amanat terakhir arwah bapa Fazley, Datuk Yaakob Mohammad yang menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas.

Gambar: Kosmo

“Masih kuat dalam ingatan saya, seminggu sebelum arwah ayah meninggal dunia, dia pegang tangan saya dan isteri dan berpesan, bila masa mengizinkan, bersandinglah semula.

“Saya pilih tarikh ini sempena ulang tahun ke-40 saya. Semoga malam ini memberi kenangan dan memori indah untuk setiap daripada kita. Tutup tirai cerita yang berlaku 13 tahun lalu dan mulakan hidup yang lebih bahagia.

“Alhamdulillah, saya lega. Pagi sebelum majlis, kami ziarah kubur arwah dan bagi tahu hajatnya sudah dilaksana. Hati saya tenang,” kata Datuk Fazley.

Sumber: Utusan

 

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.