fbpx
Now Reading
CityONE Megamall Meletup, 3 Maut

CityONE Megamall Meletup, 3 Maut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian tergempar berlaku di Kuching, Sarawak apabila satu letupan telah berlaku di CityONE Megamall. Tiga mangsa dilaporkan terkorban dalam insiden letupan gas di sebuah pusat beli belah di  Kuching petang tadi.

Awani melaporkan letupan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 19 yang lain, petik laporan Astro Awani. Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai ruang medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.

Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut namun jumlah mangsa yang cedera parah belum dapat dipastikan. Kejadian turut menyebabkan beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan.

Sumber: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.