Now Reading
[VIDEO] Kelibat Buaya di Sungai Batu Pahat Kelihatan Selepas 30 Tahun

[VIDEO] Kelibat Buaya di Sungai Batu Pahat Kelihatan Selepas 30 Tahun

RAKAMAN video buaya di Sungai Batu Pahat, mencetuskan kekecohan berikutan kelibat sang bedal itu sudah hampir 30 tahun tidak pernah kelihatan di situ.

Rakaman video 35 saat yang dirakamkan dari atas Jambatan Batu Pahat itu memaparkan kelibat buaya kuning coklat dengan belang hitam bersaiz kira-kira tiga meter yang jelas kelihatan berenang merentasi jambatan berkenaan.

Ia menimbulkan kebimbangan orang ramai berikutan sungai itu bukan saja menjadi lokasi memancing malah taman rekreasi serta pusat gerai makanan baharu sedang rancak dibina di tebing sungai berkenaan dijangka dibuka menjelang pertengahan tahun ini.

Penduduk lama Batu Pahat, Mustapha Ismail berkata, kelibat buaya itu sudah lebih 30 tahun tidak kelihatan di Sungai Batu Pahat.

“Dulu pada 1970-an dan 1980-an memang ada buaya di Sungai Batu Pahat dan ramai nelayan terserempak dengan buaya tetapi sudah lama tidak muncul.

“Mulai akhir 1980-an kelibat buaya sudah tidak kelihatan lagi di Sungai Batu Pahat, namun kini ia muncul semula.

“Lapan tahun lalu memang ada penduduk menemui anak buaya tembaga di Sungai Simpang Kiri yang terletak tidak jauh dari Sungai Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor, berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam walaupun video buaya berkenaan tular sejak tengah hari tadi.

See Also

“Sungai memang habitat semula jadi buaya dengan beberapa sungai di sini termasuk Sungai Bindu dan Sungai Parit Sulong terdapat habitat buaya malah anggota bomba pernah ternampak kelibat buaya ketika pemantauan dilakukan tetapi ia sudah lama dulu.

“Bagaimanapun, orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mengganggu haiwan berkenaan kerana ia berada di habitatnya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.