fbpx
Now Reading
Tauke Bengang Dengan ‘Sultan Melaka’, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Tauke Bengang Dengan ‘Sultan Melaka’, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Aku tak marah pada warganet (netizen) tapi pada pencetus,” luah pelakon dan pelawak, Tauke Jambu, 42, susulan difitnah dan dicaci pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Sultan Melaka.

Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria berkata, tidak kisah dengan kenyataan dikeluarkan pemilik akaun itu tetapi apabila bertindak mencaci namanya, ia adalah perkara yang melampau.

“Inilah yang dikatakan melanggar etika kewartawanan, orang nak jadi wartawan atau blogger keluar masuk universiti tapi dia terus nak naik, sebab itu tiada otak apabila ‘post’ apa-apa.

 “Tindakannya memalukan nama sultan, wartawan dan blogger yang berkelayakan,” katanya.

Tauke ketika dihubungi Harian Metro, mendakwa selepas mencacinya secara terbuka di laman sosial, individu itu juga cuba mengapi-apikan situasi rumah tangga yang melandanya kini.

Susulan itu, dia sudahpun membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Dia akui sejak isu itu berlaku dia kini malu untuk berdepan dengan khalayak umum selain tidak dapat memberi tumpuan kepada kerjaya.

“Saya berhajat mahu bersara dari dunia seni, biarlah menjadi orang biasa-biasa saja.

“Senang ‘lu kecam gua, gua kecam lu.’ Rumahtangga pun semakin retak,” katanya sedih.

Katanya, pada masa ini dia sibuk di pentas MLM (Maharaja Lawak Mega) dan akan membuat keputusan sama ada mahu berhenti atau teruskan dalam bidang seni selepas habis program itu.

Imbas kembali, dua hari lalu media tempatan melaporkan, isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi mendakwa sudah berpisah melalui lafaz cerai di aplikasi Whatsapp hujung bulan lalu.

Namun, pada laporan Harian Metro, semalam, Tauke menafikan mereka sudah bercerai tetapi mengaku rumahtangga mereka sedang bermasalah dan kini dalam proses untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan baik.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.