fbpx
Now Reading
[VIDEO & GAMBAR] Lejen! Sultan Johor Hantar Tun M Naik Proton 1

[VIDEO & GAMBAR] Lejen! Sultan Johor Hantar Tun M Naik Proton 1

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.

Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.

Mahathir duduk di bahagian penumpang depan sambil melambai tangan ke arah pemberita dan orang ramai yang menunggu di luar Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Jarak antara istana itu ke lapangan terbang Senai kira-kira 25km.

Kereta itu dihadiahkan kepada ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar pada 1985.

Almarhum ketika itu bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri pada tahun 80-an.

Mahathir dan Sultan Johor, kedua-dua mereka terkenal sebagai pencinta kereta.

Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan yang bermotosikal dan berkereta.

Terdahulu, Mahathir mengadap Sultan Ibrahim.

Difahamkan, ia pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Mei lepas.

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP TUN DR MAHATHIR#sultanjohor#johor#royalpressoffice

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Thursday, 10 January 2019

Sumber : Malaysia Kini, Bernama, Royal Press Office

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.