fbpx
Now Reading
Ini Nasihat PU Amin Kalau Nak Buat #10YearChallenge

Ini Nasihat PU Amin Kalau Nak Buat #10YearChallenge

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bsrx_BTFCZl/"]

Cabaran #10YearChallenge yang kini sedang tular di media sosial menyaksikan pelbagai perkongsian menarik selebriti.

Mengimbas semula kehidupan dan memuat naik foto sekitar 10 tahun lalu, pelbagai cerita dapat dilihat.

Berkongsi pandangan berhubung perkara tersebut, kata pendakwah bebas Ustaz Amirul Amin tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi foto lama.

“Tak salah nak throwback, tapi yang baik baik sahaja diceritakan.

“Kisah silam yang tak baik haram diceritakan. Kerana Allah telah menutup keaiban diri kita, jangan kita sesekali membongkarnya,” tulisnya di Instagram

PU Amin turut berkongsi foto throwback dirinya sendiri sekita 10 tahun lalu ketika sedang menuntut di Mesir.

“10 tahun lepas, 10 tahun lepas mana reti nak ambil gamba elok-elok. Tak ada portrait, yang ada telefon kawan.

“10 tahun lepas semasa tahun 1 di Al-Azhar Mesir. Berat dulu 55kg, berat sekarang 58kg,” tambahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.