fbpx
Now Reading
Pencuri Tak Dapat Curi Tabung Masjid, ‘Hamper’ Pun Jadilah

Pencuri Tak Dapat Curi Tabung Masjid, ‘Hamper’ Pun Jadilah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masjid merupakan tempat suci di mana orang Islam beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan bersama. Namun sejak akhir-akhir ni, kesucian rumah ibadat ni sering tercalar dengan kes macam mencuri tabung masjid.

Baru-baru ni, ada lagi satu kes mencuri di masjid yang video CCTVnya viral kat Twitter. Walaupun benda ni isu serius, admin tak tahan nak tergelak lepas dengar komentator belakang CCTV ni mengomel pasal si pencuri tu.

Nah korang dengar la sendiri pakcik dengan makcik ni membebel! 

“Dia ambik hamper. Jadilah daripada tak dapat apa-apa!” 

Menerusi video tersebut, korang boleh lihat gelagat si pencuri yang frustmenonggeng tak dapat pecahkan tabung masjid. Sampai berguling-guling haa atas lantai tu!

Dalam stress tengah fikirkan cara macam mana nak dapatkan wang dalam tabung tu, tetiba pulak dia nampak CCTV kat atas siling. Dari situlah mulanya si pakcik dan makcik di belakang CCTV ni troll dan mengomel pasal pencuri tersebut.

Sumber: Twitter

Yang jadi lawaknya, tak dapat pecahkan tabung, si pencuri ni rembatlah hamper yang ada dalam stor masjid. Lepas tu sebelum keluar, dia sempat pulak tutup suis kipas. Aduhai! 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

“Berdekah wei pak cik tu gelak!” 

Rata-rata netizen yang melihat video tu memang ketawa habislah sebab terhibur dengar pakcik dan makcik di belakang CCTV ni jadi narator kepada kejadian tu. Komen yang paling win mestilah part tutup kipas tu. Baik pulak dia ye!

Sumber: Twitter

“Pencuri ni confuse ni. Dia baik ke jahat sebenarnya…” 

Dalam pada tu, tak semualah yang mengecam tindakan pencuri tersebut. Ada yang simpati dan mengagak mungkin si pencuri ni ada masalah kewangan yang kita tak tahu. Kalau boleh, eloklah setiap masjid wujudkan ‘Gerobok Rezeki’ bagi mereka yang memerlukan.

Sumber: Twitter 

Sumber : Lobak Merah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.