fbpx
Now Reading
“Jangan Sekali-kali Sebut Buah Pinggang Dalam Review Anda!”- Amaran Tegas Pakar Buah Pinggang Kepada Selebriti dan Instafamous

“Jangan Sekali-kali Sebut Buah Pinggang Dalam Review Anda!”- Amaran Tegas Pakar Buah Pinggang Kepada Selebriti dan Instafamous

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.facebook.com/rafidah72/posts/10216080284253043"]

“Jangan sekali-kali sebut perkataan buah pinggang dalam review anda,” tegas pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah kepada selebriti dan instafamous.

Dakwanya, kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu, ramai yang dimasukkan ke hospital kerana percaya dengan golongan yang berpengaruh berkenaan.

“Yang ini dah masuk kawasan saya dan bagi pihak rakan-rakan, kami tidak benarkan sesiapa pun kata produk anda selamat untuk buah pinggang. You have no idea how many people landed in hospital. Yang terkena: sila simpan bukti dan beritahu doktor merawat untuk hubungi saya. Kita saman mereka ya,” katanya dalam status di laman sosial Facebook.

Katanya lagi, selebriti terlibat sepatutnya menanam rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dengan mengikut panduan yang ditetapkan.

“‪Harap semua selebriti tahu tatacara yang betul. Jangan bagi alasan tak munasabah. Saya tahu denda sedikit, tapi janganlah menipu masyarakat Malaysia. Tak rasa bersalah sedikit pun ke?‬,” ujarnya.

Justeru, mereka diingatkan agar mematuhi panduan khas kepada selebriti dalam pengiklanan produk kesihatan.

Sumber : Awani, Facebook Dr.Rafidah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.