fbpx
Now Reading
“Sah-Sah Aku Dah Maki Dia” – Kontroversi Buka Tudung, Michael Ang Tegur Emma Maembong

“Sah-Sah Aku Dah Maki Dia” – Kontroversi Buka Tudung, Michael Ang Tegur Emma Maembong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah terkenal Michael Ang mengakui ada berhubung dengan pelakon Emma Maembong selepas tular gambarnya tidak bertudung semalam.

Dedah Michael, dia telah menegur tindakan Emma dan menyatakan pendiriannya untuk tidak menunjukkan bukti perbualannya dengan pelakon yang disifatkan ‘anak emas’nya itu.

“Sekarang baru tahu netizen yang komen di IG saya batu api kan. Sejak kes gambar tak bertudung itu, satu-satu minta aku komen.

“Sebab nak tahu apa aku cakap pasal anak kesayangan aku tu.

“Sah-sah aku dah maki dia, marah dia. Takkan aku tunjuk atau nak attach conversation dan voice note aku dengan dia,” ujarnya menerusi sepotong video di Instagram.

Pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu juga menjelaskan perbuatan Emma (tidak bertudung) adalah hak individual dan berharap orang ramai mendoakan pelakon itu.

“Apapun, dia dah minta maaf dan dia tahu dia bersalah. Dia pun tak salahkan sesapa.

“At least dia mengaku salah dia dan akibatnya dia tanggung sendiri.

“Lagipun itu hak individu, kita doa yang baik-baik sahaja sebab kita kan sesama manusia cuba jadi baik-baik.

“Yang penting kita harus maaf-memaafi!” tegasnya.

Semalam telah tular beberapa keping foto mirip pelakon Emma Maembong yang tidak berhijab bersama Syed Abdullah.

Emma telah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui khilaf itu berpunca daripada dirinya sendiri yang terleka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.