fbpx
Now Reading
Nadia Brian Di Lamar Oleh Kekasih Di Paris

Nadia Brian Di Lamar Oleh Kekasih Di Paris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap wanita pasti mengidamkan kejutan dan detik-detik manis bersama pasangan mereka. Baru-baru ini, pelakon, Nadia Brian, telah dilamar oleh kekasihnya, Muizz Nasruddin, di Paris dengan bersaksikan pemandangan Menara Eiffel.

“Jujurnya, saya sangat terkejut dan pada masa sama terharu dengan kejutan manis dilakukannya. Saya selalu melihat wanita lain menerima kejutan manis atau menonton detik indah sedemikian di kaca televisyen, kini saya pula yang mengalaminya.

“Saya sangat bersyukur dan kini berharap semoga semuanya menuju ke penamat yang indah.

“Cuma, buat waktu ini, apa yang boleh saya katakan, tarikh untuk kami disatukan bergantung kepada rezeki. Jika diikutkan perancangan, ia mungkin diadakan pada awal 2020 atau secepat-cepatnya penghujung tahun ini. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada BH Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Gambar: Info Sebenar

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi telah berkongsi gambarnya menerima lamaran Muizz di kota cinta itu di laman sosial Instagramnya. Sudah semestinya perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikutnya, termasuk rakan-rakan artis. Menurut Nadia, dia mengenali kekasihnya menerusi teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah, kira-kira dua tahun lalu.

“Ketika itu, kami hanya berkawan. Saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan dan pada masa sama sibuk dengan aktiviti lakonan.

“Namun, pada penghujung tahun lalu, kami kembali rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya.

“Saya dapat lihat kejujurannya, malah dia juga sanggup berjumpa keluarga saya,” katanya yang masih berada di Paris ketika dihubungi.

“Alang-alang sudah berada di sini, kenapa tidak diadakan sekali sesi fotografi praperkahwinan? Gambar ini boleh juga digunakan untuk poster atau kad kahwin kami nanti,” katanya.

Sumber: BH Online

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.