Now Reading
Perkongsian Che Ta Mengenai Aurat Wanita

Perkongsian Che Ta Mengenai Aurat Wanita

Rozita Che Wan, atau Che Ta telah berkongsi nasihat kepada orang ramai yang masih mengambil ringan terhadap cara menutup aurat dengan sempurna sebagai seorang wanita.

Che Ta memberitahu pengikutnya tentang azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering memandang ringan mengenai isu menutup aurat daripada Ustaz Hadi Fayyad di satu entri di Instagramnya.

“Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.

See Also

“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.

“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya.

Ruangan komen entri itu dipenuhi netizen yang memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Che Ta diatas perkongsian yang dilakukan itu. Mereka juga berharap dan mendoakan Che Ta terus istiqomah dalam menjaga aurat.

Sumber: Awani

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.