fbpx
Now Reading
Jenis-Jenis Scam Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu

Jenis-Jenis Scam Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ni terlalu banyak scam yang wujud di dunia dan juga di Malaysia. Langkah berhati-hati harus diambil untuk mengelakkan diri dari terjerat oleh scammer. Berikut adalah jenis-jenis scam yang terdapat di Malaysia.

1. Scam Tawaran Pembiayaan Kewangan Yang Mudah Dan Cepat

Scam ini biasanya akan menjerat anda yang memerlukan wang dengan kadar segera. Contohnya, untuk anda mendapatkan pembiayaan kewangan sehingga RM100,000 anda perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan loan yang anda minta.

Mereka akan memberitahu anda tentang kadar faedah yang rendah serta bermacam-macam cerita yang akan menarik minat anda. Secara tidak langsung, anda akan rasa berminat untuk meminjam dan memberikan scammer wang pendahuluan kerana anda inginkan wang pinjaman itu dengan kadar segera.

Tetapi anda cuma akan sedari apabila wang yang dijanjikan tidak muncul tiba dan nombor telefon yang anda berurusan pun sudah tiada dalam talian.

2. Scam Pemindahan Wang Oleh Pegawai Polis Atau Pegawai Bank (Macau Scam)

Ini antara scam yang paling bahaya dan boleh buat anda rasa yakin jikalau anda tidak berwaspada. Scammer juga sudah berani berlakon jadi polis ketika ini! Dengan random, scammer akan membuat panggilan yang di’tap’ taliannya. Scam ini juga turut popular dengan nama ‘Macau Scam’ kerana biasanya didalangi oleh sindiket yang berpengkalan di China.

Sebaik sahaja anda menjawab panggilan, anda akan berasa seolah polis betul yang menelefon anda. Mereka akan membuat panggilan dan mengatakan anda sedang berhadapan dengan satu kes polis dan anda perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes tersebut.

Kebiasaanya mangsa akan panik dan keliru, mangsa akan terus membuat pemindahan wang tanpa membuat pengesahan sama ada adakah mangsa benar-benar terlibat dalam mana-mana kes polis. Di dalam peringatan pada video di atas, pihak polis tidak akan sama sekali meminta anda menjelaskan bayaran saman menerusi panggilan telefon.

Sama juga dengan scammer yang menyamar jadi pegawai bank. Penyamaran mereka memang hampir sama dengan pegawai bank yang sebenar. Pada mulanya mereka akan meminta nama penuh serta nombor kad pengenalaan anda. Secara perlahan-lahan mereka akan minta nombor kad bank anda. Ketika anda sedang panik atau keliru, mereka akan minta pula nombor CVC pada kad anda. Pada ketika ini, mereka akan letak telefon dan wang anda di dalam akaun pun sudah licin.

3. Love Scam

Love scam ini tersangat popular di seluruh dunia. Bagaimana scam ini boleh berlaku? Pertama sekali, mereka akan pikat anda supaya anda untuk jatuh cinta dengan mereka menggunakan akaun profil yang palsu.

Kedua, mereka akan suruh anda buat macam-macam. Salah satu contoh adalah, si lelaki katanya telah membuat pengeposan barangan mewah ke Malaysia dan barang tersebut kini berada di tangan ‘pihak kastam’. Lebih meyakinkan apabila nombor telefon yang diterima pula adalah daripada jabatan kastam!

Sebab barang  yang dihantar bernilai ribuan ringgit, anda perlulah membuat pembayaran ‘cukai’ terlebih dahulu sebelum parcel berkenaan diposkan kepada anda. Bila wang sudah diberikan, lelaki berkenaan pun hilang mencari akan hilang. Bukan sahaja cinta anda hilang, duit anda pun hilang.

4. Scam Pewaris Harta/Wang Daripada Pihak Luar

Gambar: Wikisimpsons

Scam ini adalah antara scam terawal dan masih wujud sehingga kini. Mangsa akan dapat satu emel yang menyatakan mangsa adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu dari luar yang anda tidak kenali. Bukan sahaja mangsa tidak kenal nama berkenaan, wajah pemberi derma itu pun mangsa tak pernah lihat.

Aktiviti scam ini bermula apabila terdapat individu yang menyamar sebagai seorang bangsawan dari Afrika yang memperkenalkan dirinya serta memberitahu dirinya mempunyai jumlah wang yang banyak. Walau bagaimanapun, beliau kini memiliki sedikit kesukaran untuk membeli barangan atau membuat bayaran sekaligus ‘memohon pertolongan’ untuk menyelesaikan urusan beliau terlebih dahulu sebelum menjanjikan wang yang berlipat ganda kelak.

Masalah ini sering berlaku dikalangan mangsa disebabkan penawaran wang besar yang dijanjikan sekaligus modus operandi mereka yang seolah meraih simpati sekaligus membuatkan ramai yang terjerat.

Tahukah anda sudah lebih 1,000 kes penipuan wang atas talian yang melibatkan RM72 juta telah direkodkan oleh pihak berkuasa? Dan jumlah ini hanya untuk kes yang berlaku di kawasan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, pihak CIMB Bank Berhad telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Kempen Anti-Scam PDRM-CIMB Disember lalu lalu bagi meningkatkan kesedaran penipuan atas talian ini di kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: The Vocket

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.