Now Reading
Hasrat Nabil Mahir Tak Kesampaian

Hasrat Nabil Mahir Tak Kesampaian

“Saya sudah beli cincin dan merancang untuk melamar Sarah pada 20 April nanti. Saya tidak beritahu Sarah kerana ia satu kejutan sempena ulang tahun kelima perhubungan kami,” kata pengacara Nabil Mahir, 31, ketika mengulas perancangan awalnya untuk melamar pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand.

Hasratnya itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila hubungan mereka putus pada awal Februari lalu.

 “Apa yang dirancang tidak kesampaian dan saya reda dengan ketentuan yang sudah tertulis ini,” kata Nabil.

Menurut Nabil, cincin emas putih jenama mewah itu dibelinya di Singapura pada awal November lalu. “Awalnya memang saya belum sepenuh hati dalam hubungan kami tetapi kalau sudah lima tahun bertahan pasti saya serius untuk berkahwin dengannya.

“Kalau saya beritahu Sarah lebih awal mengenai perancangan untuk melamarnya, pasti tidak ada kejutan lagi,” katanya.

Nabil ditemui pada majlis sidang akhbar Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang berlangsung di sebuah hotel di Sri Kembangan di sini, petang tadi.

Nabil bagaimanapun berkata, dia sudah dapat menerima hakikat dirinya dan Sarah tiada jodoh untuk hidup bersama.

“Saya mula menyedari hubungan kami dingin dan dia mula menjauhkan diri daripada saya dan aktiviti bersama keluarga sebelum ini.

“Justeru, saya buat keputusan untuk memutuskan hubungan kami selepas berdoa dan mendapat petunjuk daripada Allah,” katanya.

See Also

Nabil turut mengakui dia terpaksa menyekat akaun media sosialnya bukan kerana membenci Sarah tetapi mahu memulakan hidup baru.

“Macam mana saya mahu meneruskan kehidupan jika kami masih berhubung di media sosial dan melihat gambar serta aktiviti hariannya,” kata Nabil.

Sumber : Harian Metro

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.