fbpx
Now Reading
Harimau Malaya Bakal Pupus?

Harimau Malaya Bakal Pupus?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Spesies harimau kebangaan Malaysia iaitu Harimau Malaya berkemungkinan akan pupus dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi sekiranya tiada tindakan drastikdilakukan untuk melindungi haiwan ini” kata Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar.

 

Populasi haiwan berkenaan kini berada pada tahap membimbangkan iaitu kurang daripada 200 ekor melalui survei Harimau Kebangsaan Pertama yang dijalankan pada tahun 2016 hingga 2018 kata beliau. “Jumlah sebenar populasi Harimau Malaya akan diketahui setelah survei berkenaan selesai pada tahun 2020,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Xavier berkata juga pihaknya melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) dengan kerjasama agensi kerajaan sedang mengambil langkah proaktif bagi melindungi populasi Harimau Malaya antaranya meningkatkan rondaan dan pemantauan di 20 lokasi ‘hotspot’ pemburuan.

Rondaan dan penguatkuasaan berikut akan bincangkan untuk dilaksanakan secara bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. ” Terdapat juga persetujuan pada dasarnya daripada beberapa university untuk mendapatkan sukarelawan mahasiswa daripada kursu Biodiversiti dan Perhutanan untuk mengadakan rondaan” tambahnya lagi.

Sumber: sinarharian

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.