fbpx
Now Reading
Boot Super-Limited, Special Edition Terbaru Dari Nike!

Boot Super-Limited, Special Edition Terbaru Dari Nike!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama Total 90 tidak asing lagi bagi pengemar sukan bola sepak terutamanya peminat koleksi boot dari Nike ini. Jenama in mendominasi dunia bola sepak pada pertengahan tahun 2000 dengan logo ikonik dan diantaran keluaran yang mempunyai paling ramai peminat. Terkenal dengan kebolehan menigkatkan kekuatan dan ketepatan pemain, Total 90 ini telah digunakan oleh beberapa penyerang dominan seperti Wayne Rooney dan Fernando Torres.

Sekarang – selepas 12 tahun dari keluaran pertama – Nike telah menyusun semula Total 90 Laser yang ikonik untuk pemain generasi baharu.

Nike T90 SE bakal dikeluarkan dengan keluaran yang super-limited iaitu hanya 2000 pasang sahaja dan mempunyai bahan dan reka bentuk binaan seperti model asal tahun 2007. T90 SE ini membawa kembali ciri-ciri ketepatan unik pada perisai atas yang dihiasi dengan nombor ikonik 90. Ini mencipta platform reka bentuk untuk yang dapat mengawal pusingan bola dan mengoptimumkan sepakan yang padu untuk pemain.

Gambar via Nike
Model ini juga disertakan dengan perkataan ‘Power – Swerve – Precision’ pada hadapan kasut.
Rangka kaki ikonik dipaparkan pada tapak kasut dan edisi khas ini mengeluarkan warna ‘Zest’ yang asli
Nike menampilkan tulisan ‘totalninety’ pada tumit dan bahagian hadapan.

Kepada semua peminat dan pengumpul boot, kasut ini telah dikeluarkan di nike.com pada 21 Mac.

Sumber: Versus

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.