fbpx
Now Reading
Fasha Sandha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil

Fasha Sandha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

DENGAN sekali lafaz, pasangan selebriti Fasha Sandha, 35 dan Aidil Aziz sah bergelar suami isteri.

Majlis pernikahan pasangan selebriti itu berlangsung di kampung halaman aktres terbabit di Perlis, jam 9.15 pagi tadi.

Video akad nikah yang berlangsung penuh sederhana itu dimuat naik di Instagram TV3 Malaysia.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.”

“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulis Instagram TV3.”

Majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan, bulan depan.

Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu.

 

Ini adalah perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha. Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Sumber: Hmetro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.