fbpx
Now Reading
Rasai Pengalaman Seakan Hidup Dalam Komik di Kafe 2D Ini!

Rasai Pengalaman Seakan Hidup Dalam Komik di Kafe 2D Ini!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang satu kafe berkonsepkan 2D yang sememangnya Instagram-worthy. Menurut pemilik 2D Bubble Tea Cafe yang terletak di Sunway GEO Avenue, Subang Jaya iaitu Toh Jung Jin dan See Khai Shen, idea untuk menubuhkannya diinspirasikan daripada kafe 2D di Korea.

Pengunjung seolah-olah sedang melangkah masuk ke dalam rumah Jepun

2D Bubble Tea Cafe ini mungkin antara kafe pertama yang mengetengahkan konsep 2D di Malaysia. Difahamkan ia adalah pemilik sama kafe La Fleur berkonsepkan unicorn yang pernah tular di media sosial sebelum ini.

Jika anda berkunjung ke kafe ini, terdapat dua konsep diketengahkan iaitu barat dan asia. 2 konsep dekorasi di kafe yang baru sahaja dibuka pada Sabtu lepas ini adalah yang pertama sekali apabila melangkah masuk, konsep yang diketengahkan merupakan konsep Barat di mana terdapat lukisan Mona Lisa, Creation of Adam dan sebagainya. Namun paling menarik perhatian pastilah konsep ala Jepun ini.

Di bahagian dalam kafe tersebut pula, dekorasinya lebih kepada konsep Asia. Dalam erti kata lain, pengunjung seolah-olah sedang melangkah masuk ke dalam rumah Jepun. Bukan itu sahaja, meja Jepun turut digunakan untuk mengetengahkan tema ini.

Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah sedang melangkah masuk ke dalam rumah Jepun. Bukan itu sahaja, meja Jepun turut digunakan untuk mengetengahkan tema ini.

Sudah nama pun kafe, pasti ada menu yang ditawarkan di sini. Menurut pemiliknya, oleh sebab 2D Bubble Tea Cafe ini masih terlalu baru, menunya juga masih belum dimuktamadkan sepenuhnya. Buat masa ini, menu yang ditawarkan ialah makanan Barat seperti Pasta Gochujang Chicken dan Thick Toast Crabmeat.

Tetapi, highlight di kafe ini ialah bubble tea. Malah, ia datang dengan packaging yang sangat menarik. Memang Instagrammable habis! Begitu juga dengan makanannya. Mereka sangat mengambil berat tentang tema yang cuba diketengahkan.

Anda boleh lihat video di bawah, Insta-worthy habis!

Sumber: I am Lejen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.