fbpx
Now Reading
“Dia mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pentingkan keluarga” – Nur Afilah

“Dia mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pentingkan keluarga” – Nur Afilah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkenalan selama empat bulan tidak menjadi penghalang untuk Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan pasangannya Adama Mohamed Cama, 26, berkahwin.

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

Lebih dikenali dengan panggilan Fila, beliau terpikat dengan jejaka yang berasal dari Guine, Afrika Selatan itu selepas dipujuk semasa sedang menangis disebuah kafe di Kuala Lumpur.

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu itu saya sedang menangis sebab ada masalah dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Tiba-tiba dia datang mendekati saya, Dia pujuk, mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu”

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

Gadis yang berasal dari Jitra, Kedah ini terbuka untuk menerima pasangannya kerana dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Malah, lelaki berkenaan juga mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pentingkan keluarga.

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

Tambah lagi, suaminya juga mengajak untuk menunaikan umrah selepas berkenalan selama dua bulan.

“Dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ, kami merancang untuk berkahwin”

“Dia tanya ayah, dan ayah suruh selesaikan dokumen. Ayah sangat garang dan memilih. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia”, kata Fila.

penyayang dan pandai memujuk, gadis jitra pilih lelaki afrika jadi suami

Suaminya juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana di UnisZa.

Sumber: CARI

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.