fbpx
Now Reading
Nur Shahida Mengalami Pendarahan, Aliff Syukri Mohon Doakan

Nur Shahida Mengalami Pendarahan, Aliff Syukri Mohon Doakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BxKWB6IgAOR/"]

Semalam, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan melampau yang mungkin memberi risiko kepada kandungannya.

Menerusi satu posting di Instagram, Aliff memberitahu beliau mahu merahsiakan berita kehamilan isterinya kerana mahu membuat kejutan kepada orang ramai. Katanya lagi, pemeriksaan imbasan doktor mengesahkan isterinya hamil anak kembar.

 

Ujar Aliff lagi, isterinya mungkin tertekan mengenai isu anak perempuannya, Qadejah apabila ada banyak pihak membesarkan perkara berkenaan

“Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadhan.

“Saya sengaja nak rahsiakan isteri saya hamil nak buat kejutan pada semua tapi dugaan mungkin tertekan dengan keadaan semasa baru-baru ini dimana banyak pihak membesar-besarkan dan mungkin sebab itu berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.

“Bila scan pula doktor beritahu baby kembar. Ya Allah sayang ya.Mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut meminta orang ramai mendoakan agar kandungan isterinya selamat serta dipermudahkan segala urusan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.