fbpx
Now Reading
Aliff Syukri Sumbang RM1.2 Juta Untuk Golongan Susah

Aliff Syukri Sumbang RM1.2 Juta Untuk Golongan Susah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bxb_HpAB8MH/"][video src="https://www.instagram.com/p/BxfCBJxgB10/"][video src="https://www.instagram.com/p/BxeWhetAT2O/"]

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, banyak perkara boleh dilakukan bagi mengumpul pahala antaranya solat terawih, bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan juga dapat meluaskan rezeki seseorang individu.

Terbaru, usahawan kosmetik Dato’ Sri Aliff Syukri berkongsi satu foto di akaun Instagram ketika sedang mengagihkan sumbangan zakat bernilai RM1.2 juta yang diperoleh melalui perniagaan miliknya AS Legacy HQ.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Aliff menyatakan bahawa beliau sudah memiliki segalanya dan sebahagian daripada harta kesenangan ini akan diberikan kepada golongan kurang bernasib baik.

Ternyata sikap mulia yang dilakukan oleh pengasas produk D’Herbs itu mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan memuji selain mendoakannya di ruangan komen.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.