fbpx
Now Reading
Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah pergolakan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah kini sudah sampai ke kemuncaknya, tanda tanya mengenai status perkahwinan sudah pun diputuskan oleh makhamah.

Menerusi maklumat daripada pihak media, pasangan itu yang hadir bersama keluarga masing-masing telah mengesahkan bahawa mereka kini bukan lagi suami isteri.

Bercakap kepada media, dengan perasaan berat hati Aliff telah mengesahkan sendiri mengenai penceraian apabila kedua mereka sudah bersepakat untuk berpisah, kerana itulah yang dirasakan terbaik buat mereka berdua.

Menurut Aliff, biarpun hatinya masih belum bersedia untuk menerima apa yang terjadi dalam perkahwinannya, namun dia menerima dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan terhadapa Bella.

Bagi Bella pula, mengakui berasa sedih dengan keputusan yang diambil, tetapi sedikit sebanyak dia berasa beban untuk memikirkan segala spekulasi mengenai rumah tangganya sudah pun berkurangan.

Semoga kedua-dua mereka dapat menerima segala dugaan dan ujian dengan hati yang terbuka, diharap ini dapat dijadikan pengajaran agar lebih menghargai pasangan masing-masing.

Sumber : mStar Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.