Now Reading
(Video) Berang Tidur Terganggu Dengan Bacaan Al-Quran, Penganggur Tikam Imam

(Video) Berang Tidur Terganggu Dengan Bacaan Al-Quran, Penganggur Tikam Imam

Berang dengan tidurnya terganggu dengan bacaan al-Quran, seorang penganggur bertindak menikam dada imam di Masjid Kampung Apal, Jerteh, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 pagi ketika mangsa berusia 37 tahun sedang membaca al-Quran di ruang solat masjid sebelum didatangi suspek yang tidak dikenali dari arah belakang.

Suspek kemudian menikam dada mangsa menggunakan objek tajam sebelum melarikan diri. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan. Akibat kejadian itu, mangsa menerima tujuh jahitan di bahagian dada kiri.

“Siasatan awal mendapati, mangsa adalah imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia kelmarin.

“Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jerteh, suspek berusia 23 tahun ditahan dan kita turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya.

Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sehingga menganggu tidurnya. Jarak rumah suspek dan tempat kejadian kira-kira 100 meter.

See Also

Suspek juga didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah. Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sumber: Harian metro

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.