Now Reading
Hamil 6 Bulan, Nelissa Nezam Dakwa Suaminya Ammar Alfian Curang

Hamil 6 Bulan, Nelissa Nezam Dakwa Suaminya Ammar Alfian Curang

Aduh. Ingatkan tiada lagi kontroversi yang menjatuhkan maruah lelaki selepas apa yang berlaku kepada Alif Aziz dan PU Abu. Tup-tup kita dikejutkan pula oleh pendedahan isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam. Menurutnya, pelakon filem Paskal itu telah berlaku curang ketika dia sedang hamil 6 bulan. Fuh!!! Memang sedih sangat nie.

Pendedahan panjang lebar ini telah ditulis oleh Nelissa Nezam menerusi akaun Instagramnya. Antara kata-katanya ialah:-

Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.

Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Akan tetapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini.

Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat selepas dicurangi suami sendiri.

ammar alfian curang

See Also

Sesungguhnya hati isteri mana yang tidak sedih apabila mengetahui suaminya bermain kayu tiga, lebih-lebih ketika sedang sarat mengandung. Semoga Ammar Alfian akan menginsafi perbuatannya dan memohon maaf dengan penuh kejujuran. Sayang sungguh jika si anak dilahirkan tanpa seorang ayah di sisi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber : Beautifulnara

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.