fbpx
Now Reading
Ini Tips Untuk Mudah Hamil Daripada Fasha Sandha

Ini Tips Untuk Mudah Hamil Daripada Fasha Sandha

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pelakon Aidil Aziz, semalam Fasha Sandha mengumumkan berita gembira bahawa dia kini berbadan dua dan mengesahkan kandungannya kini barusia tiga minggu.

Selepas mengumumkan perkhabaran gembira itu, Fasha memberitahu ramai yang bertanyakan padanya tip untuk mendapatkan zuriat. Fasha berkata, rezeki zuriat itu berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.

“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil, ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.

“Saya ingin kongsi pada semua. Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.

“Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya, belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat.

“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat,” tulis Fasha.

Dalam pada itu, Fasha juga turut meminta kepada mereka yang sudah lama berkahwin dan menantikan zuriat untuk mencuba cara tersebut kerana Allah Maha Mendengar.

Fasha dan Aidil selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 30 Mac lalu dalam majlis yang berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.