fbpx
Now Reading
Pencerobohan Whatsapp Benar-Benar Berlaku

Pencerobohan Whatsapp Benar-Benar Berlaku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sistem pesanan terbesar dunia, WhatsApp baru-baru ini dilaporkan menghadapi masalah apabila wujud akaun milik pengguna di serata dunia didakwa diceroboh oleh individu tidak dikenali yang mengakses maklumat pemilik akaun.

Ia turut membolehkan penceroboh mengakses maklumat kenalan kepada pemilik akaun WhatsApp dan menghantar mesej berunsur khianat selain penipuan membabitkan orang kenamaan termasuk di negara ini.

Insiden itu sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan sehingga boleh diceroboh oleh pihak ketiga. Tambah membimbangkan penceroboh boleh melihat maklumat kenalan pemilik akaun berkenaan.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan, IT@Metrominggu ini mendapatkan reaksi daripada pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berhubung masalah yang dihadapi oleh aplikasi pesanan terbesar dunia itu.

FONG mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati menggunakan sistem jaringan terbuka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.