fbpx
Now Reading
Tahniah! Vivy Yusof Kini Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Tahniah! Vivy Yusof Kini Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemilik empayar Fashion Valet dan Duck Group, Datin Vivy Yusof bukan sahaja menakluki bidang fesyen dan perniagaan tetapi beliau kini telah dilantik sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berita itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi UiTM dan akaun Instagram Vivy sendiri.

Pelantikan Vivy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengucapkan tahniah dan berharap agar beliau melakukan pembaharuan untuk pelajar UiTM, namun ada juga netizen yang mempersoalkan lantikan berkenaan dan beranggapan lebih ramai lagi ahli akademik ataupun alumni UiTM yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.

Pada pendapat kami, kejayaan dan latar belakang Vivy dalam membina empayarnya sehingga ke peringkat antarabangsa memang mampu, menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana dan tidak dinafikan beliau adalah orang yang tepat serta layak untuk memegang jawatan tersebut.

Sumber Berita : Facebook UiTM

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.