fbpx
Now Reading
“Fikree Dah Lepaskan Saya…” Chef Fikree dan Isteri Bercerai

“Fikree Dah Lepaskan Saya…” Chef Fikree dan Isteri Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa insan yang dicintai selama ini tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberi, dan akhirnya bertemu jalan perpisahan.

Begitu jugalah dengan kisah chef selebriti, Fikree dan isterinya Zurienhan, selepas wanita tersebut mendakwa bahawa suaminya telah berlaku curang dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Namun, baru-baru ini menerusi laman Instagram Zurienhan, memaklumkan bahawa chef Fikree sudah pun menceraikannya dengan cara baik.

Menurut Zurienhan, dia terpaksa mendedahkan kecurangan suaminya di laman sosial, semat-mata mahu mendapatkan perhatian daripada bekas suami.

Malah, dia juga berterima kasih kepada sesiapa yang mengambil berat dan mendoakan dirinya kuat dengan segala dugaan yang terpaksa ditempuhinya.

Selepas mendapat tahu mengenai berita perpisahan itu, rata-rata pengikut di Instagramnya tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya yang kini sudah bergelar ibu tunggal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.