fbpx
Now Reading
“Rasa Macam Kali Terakhir Je Beraya Sebagai Perempuan…” – Safiey Illias

“Rasa Macam Kali Terakhir Je Beraya Sebagai Perempuan…” – Safiey Illias

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan sensasi, Safiey Illias ada membayangkan tahun ini seperti tahun terakhir dirinya menjadi sebagai seorang ‘perempuan’.

Penyanyi lagu Syinta Gila itu menjelaskan demikian selepas berkongsi foto kedua wajah ibu bapanya yang semakin tua menerusi Instagram entri terkini.

“Rasa mcm ini kali terakhir je beraya as perempuan . Bila tgok muka mak ayah rasa mcm nk happy kan hati mereka .

“X ada apa dh nk kejar kt dunia ni . Semua benda dh ada . Kereta rumah , cuma 1 je x dpt lg nk tunai dan capai iaitu happy kan hati mak ayah,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut meminta maaf kepada semua atas salah silap yang dilakukan.

“I am sorry uolls semua kalau ada buat silap dan salah . Iolls betul2 x kuat dh bila tgok muka mak dan ayah . Dh tua , siapa nk sembahyangkan jenazah ayah kalau dia meninggal kalau anak laki dia yg dia doa smpai jadi pandai segala bab pendidikan termasuk agama.

“Semoga Allah tunjukkan jalan yg benar jalan yg lurus dan segalanya aku serahkan kepadaMu ya Allah untuk menguruskan takdir hidupku . Allah yg memegang hati manusia dan membolak balikkan hati.

“Moga syurga buat mak dan ayah dan adik beradik yg lain atas kesabaran mereka berdoa,” tulis Safiey panjang lebar.

Safiey sebelum ini pernah kembali kepada fitrah sebagai lelaki, tahun lalu. Bagaimanapun, dia kembali menjalani kehidupan sebagai seorang transgender beberapa bulan selepas itu.

Foto: Instagram Safiey Illias

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.