fbpx
Now Reading
Chef Fikree Nafi Curang

Chef Fikree Nafi Curang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir seminggu mengunci mulut selepas dikaitkan dengan isu berlaku curang, cef selebriti yang juga pelakon, Fikree Aznan secara terbuka menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Fikree dalam satu hantaran di Instagram berharap, dia diberikan ruang untuk mencari jalan penyelesaian demi keluarga tercinta.

“Semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak benar. Minta kerjasama semua pihak menghormati hak peribadi saya.

“Kami mohon doa daripada semua, segala kesulitan yang berlaku ini dapat temui jalan penyelesaian terbaik demi keluarga yang saya cintai,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik, semalam.

Terdahulu, namanya hangat diperkatakan apabila isterinya, Sharifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal membuat pendedahan di laman sosial mendakwa, Fikree curang dengan wanita berstatus isteri orang.

Sehari selepas itu, Sharifah Zuriehan memuat naik satu lagi hantaran menerusi Instagram, mendakwa cef terbabit sudah melepaskannya.

Kiriman WhatsApp BH Online kepada bintang Ajak Oh Ijal itu untuk mendapatkan komen, bagaimanapun tidak berbalas.

Fikree dalam kenyataan kepada sebuah portal bagaimanapun, menegaskan dia memilih tidak mengulas lanjut bagi menjaga aib isteri dan keluarga.

Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan, Hello Bro Tolong Masak, selain menjadi pengacara rancangan, Dapur Panas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.