fbpx
Now Reading
Siti Sarah Kesal Shuib Dituduh Dayus Hanya Kerana Minta Izin Untuk Beli Motor

Siti Sarah Kesal Shuib Dituduh Dayus Hanya Kerana Minta Izin Untuk Beli Motor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menerusi Instaram, Shuib Sepahtu berkongsikan kepada peminatnya impiannya untuk memiliki motosikal idaman jenama Yamaha Y15ZR akhirnya tercapai selepas mendapat keizinan daripada isterinya, Siti Sarah.

Bagaimanapun perkongsian Shuib itu mengundang kecaman netizen apabila ada yang melabelnya sebagai suami dayus kerana perlu meminta izin daripada isteri terlebih dahulu.

Siti Sarah menerusi satu entri di Instagram meluahkan rasa kesal di atas tuduhan tersebut dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. Sarah menegaskan, suami yang berterus terang dengan isteri dalam sesuatu perkara bukanlah suami dayus.

“Tak sangka pulak cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar. Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.

“Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ini menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab sedangkan suaminya itu boleh sahaja untuk membeli sesuatu tanpa bertanyakan pada dirinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.