fbpx
Now Reading
“Macam Karung Guni Sarung Nangka…” – Gambar Raya Izreen Azminda Dikecam

“Macam Karung Guni Sarung Nangka…” – Gambar Raya Izreen Azminda Dikecam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tidak kenal dengan pelakon Izreen Azminda, nampaknya pelakon tersebut sedang bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama suaminya Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Izreen yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan, teruja menyambut hari raya bersama keluarga dan suami tercinta dengan pakaian sedondon berona Navy Blue. 

Menerusi laman Instagram, pelakon itu telah memuat naik beberapa keping fotonya bersama suaminya, namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian yang dikenakan pelakon tersebut.

Menurut netizen, busana raya yang dipakai oleh Izreen kelihatan terlalu getat untuk dirinya yang kini sedang hamil lapan bulan, kerana terlalu menonjolkan bentuk tubuhnya ditambah pula dia seorang wanita berhijab.

Selain daripada menegur cara pemakaian Izreen, nampaknya netizen masih lagi mahu mengaitkan pelakon itu dengan isu pergolakan rumah tangga mereka bersama bekas isteri Ude, Intan Liyana.

Walaupun masih lagi menerima kecaman netizen, boleh dilihat Izreen sudah mula lali, siapalah kita mahu menidakkan takdir, mungkin sudah tertulis jodoh mereka dengan cara yang begitu dan kita sebaiknya mendoakan yang baik-baik sahaja.

Sumber : Izreen Azminda & Media Hiburan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.