fbpx
Now Reading
Rosak Mood Raya Gara-gara Cermin Kereta Dipecahkan Anak Tetamu

Rosak Mood Raya Gara-gara Cermin Kereta Dipecahkan Anak Tetamu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tradisi ziarah menziarahi di hari raya sudah menjadi kemestian setiap kali tibanya Syawal, waktu ini digunakan untuk berjumpa dan beraya bersama saudara mara dan rakan taulan.

Tetapi lain pula kisahnya dengan pemuda ini, keterujaan menerima kehadiran tetamu di hari raya bertukar hambar, selepas terpaksa menanggung kerugian gara-gara kenakalan anak tetamu yang datang beraya.

Menerusi perkongsian di Twitter, pemuda bernama Fairus, telah meluahkan rasa geramnya di status dengan disertakan beberapa keping foto, memaparkan cermin keretanya pecah.

Menurut Fairus, dia mengesyaki cermin keretanya pecah disebabkan oleh anak tetamu yang hadir, selepas ternampak kanak-kanak tersebut bermain batu di halaman rumah berdekatan keretanya yang baru setahun dibeli.

Lebih membuatkannya geram, ketika insiden itu berlaku, tiada siapa daripada kalangan tetamu yang hadir datang mengaku dan meminta maaf kepadanya.

Ini membuatkan Fairus agak risau apabila menerima kehadiran kanak-kanak di rumah dan mahu mengambil langkah berhati-hati supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Posting tersebut yang kini sudah mencecah lebih 8 ribu Retweet, menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati, malah ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang sama menimpa mereka.

Dalam hal ini, anak kecil memang masih tak mengerti buruk baik sesuatu perkara, yang mereka tahu hanya nak berseronok, jadi sebagai ibu bapa perlu main peranan untuk lebih bijak dalam mengawal anak-anak terutama apabila berkunjung ke rumah orang.

Sumber : Fairus & Harian metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.