fbpx
Now Reading
Rabun Cecah 900 Darjah Pada Usia 2 Tahun Disebabkan Kerap Main ‘Handphone’

Rabun Cecah 900 Darjah Pada Usia 2 Tahun Disebabkan Kerap Main ‘Handphone’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, ramai para ibu bapa dilihat gemar memberi anak kecil menonton video di telefon bimbit. Keadaan ini menyebabkan ada segelintir kanak-kanak mengalami tantrum, jika tidak dibenarkan menggunakan gadjet.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan, kanak-kanak yang berada pada awal usia tumbesaran memerlukan hiburan untuk proses perkembangan minda dan pembelajaran.

Bagaimanapun, memberikan telefon pintar dengan sewenangnya kepada kanak-kanak untuk menghiburkan mereka adalah cara yang salah.

Baru-baru ini telah tular berita di China, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Xiao Man yang berusia hanya dua tahun setengah disahkan mengidap masalah Myopia iaitu rabun dekat yang teruk.

Kejadian ini berlaku di Jiangsu, China dan difahamkan ibu bapa beliau mula memberinya bermain telefon pintar pada usia setahun.

“Semasa bermain telefon pintar, dia kelihatan tenang dan diam jadi kami biarkan sahaja dia bermain dengan gadget selama beberapa jam.”

Namun, pada tahun berikutnya keluarga Xiao Man menyedari anaknya kerap berkerut dan mengecilkan mata ketika melihat sesuatu, tetapi bagi mereka ianya hanyalah tabiat buruk sahaja.

Disebabkan perkara tersebut semakin berlarutan, ibu bapa Xiao Man telah membuat keputusan untuk membawa anak mereka melakukan pemeriksaan.

Hasil daripada itu, mereka terkejut kerana anak perempuannya disahkan mengalami masalah rabun dekat yang serius dengan rabun 900 darjah.

Seharusnya, ibu bapa perlu lebih meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak, dan jangan biarkan mereka menjadi hamba kepada gadget.

Sumber: WorldOfBuzz

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.