fbpx
Now Reading
“Sayalah Individu Bersama Menteri Dalam Video Viral Semalam”

“Sayalah Individu Bersama Menteri Dalam Video Viral Semalam”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang individu bernama Haziq Aziz hari ini tampil membuat pengakuan melalui laman sosial Facebooknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video melibatkan seorang Menteri.

Bagaimanapun jelasnya, video berkenaan diambil tanpa kebenarannya.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (lelaki mirip menteri) dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik (lelaki mirip menteri) di sebuah hotel,” katanya yang memuat naik rakaman videonya di akaun Facebook.Haziq dalam pada itu turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Kanan itu atas tuduhan rasuah.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” ujarnya. 

Sejak semalam, klip video memaparkan dua lelaki berada di atas katil melakukan aksi intim dengan salah seorang Menteri Kanan.

Walaubagaimanapun Astro AWANI tidak dapat mengesahkan kesahihan dan ketulenan video berkenaan.

Kami juga cuba mendapatkan komen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai video tersebut.

Pada masa yang sama Astro AWANI juga sedang berhubung dengan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kanan yang didakwa terlibat di dalam video berkenaan selain mendapatkan reaksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak tahu menahu tentang sebuah video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii membabitkan seorang Menteri Kabinet.

Jelasnya, beliau perlu baca berhubung perkara itu terlebih dahulu.

Berikut merupakan video yang dimuat naik di akaun Facebook individu tersebut. Namun Astro AWANI tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.

To my fellow Malaysians

Posted by Haziq Aziz on Tuesday, 11 June 2019

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.