fbpx
Now Reading
“Saya tidak rasa ia benar dan kamu boleh menghasilkan gambar seumpama itu jika kamu bijak” – Tun M

“Saya tidak rasa ia benar dan kamu boleh menghasilkan gambar seumpama itu jika kamu bijak” – Tun M

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Saya tidak rasa ia benar dan kamu boleh menghasilkan gambar seumpama itu jika kamu bijak.

“Ia dilakukan oleh orang yang mempunyai agenda politik,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai isu penyebaran video lucah yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perdana Menteri berkata, beliau ada menemui Mohamed Azmin seperti kebiasaannya pada mesyuarat Kabinet semalam.

“Ia diletakkan oleh seseorang dengan agenda politik lain. Semua dendam menjadi kotor kalau tak boleh lawan orang.

“Jika tidak boleh menang melawan seseorang, jangan buat kerja kotor seperti ini. Kena biar politik lebih bersih.

“Kalau begitu, setiap hari boleh tunjuk gambar lucah lah. Kamu kalah tapi nampak orang nak menang, kamu tunjuk gambar lucah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Malam Sejuta Kenangan anjuran

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) di Shah Alam, malam tadi.

Hadir sama, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan barisan kepemimpinan parti itu.

Ketika ditanya sama ada video itu menunjukkan wujud pertembungan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mahathir berkata, beliau tidak mengetahuinya.

“Saya tidak tahu dengan siapa…Tapi yang saya tahu cara macam ini tidak patut ada dalam Malaysia. Kotor sangat dah,” katanya.

Kelmarin, negara digemparkan dengan penyebaran video lucah yang didakwa mirip Mohamed Azmin bersama seorang lelaki di sebuah bilik hotel.

Namun, seorang lelaki mengaku dia adalah Haziq Aziz di dalam video berkenaan menerusi hantaran di Facebook awal pagi semalam.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan pembabitannya dalam video berkenaan sambil menganggap ia tuduhan jahat dan kejam.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Biro Politik memaklumkan kedudukan Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden parti itu kekal dan menyerahkan siasatan lanjut kepada polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.