Now Reading
Terima Kasih Dr Amalina!

Terima Kasih Dr Amalina!

Masyarakat Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, Isnin lalu.

Menerusi Instagram (IG) milik Dr Amalina mendapati lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijalankan.

Tidak ketinggalan beberapa selebriti turut menyatakan ucapan antaranya penyanyi dangdut yang juga penyampai radio, Haiza (haizahanafi) menzahirkan ucapan terima kasih dan amin.

Pelakon Catriona Ross (catrionabrianross) turut mengucapkan ‘Alhamdulillah… bagus Dr Amalina dan pasukan’ serta pelakon Ainina Ahmad B (ainina_ahmad b) mengucapkan alhamdulillah.’

Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial Prof David Dunaway.

See Also

Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong, yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu berkata, misi membuang ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan berjalan lancar.

DR Ong (kanan) bersama ibu bapa Ainul selepas pembedahan.

Sumber : Harian Metro, IG Dr Amalina

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.