Now Reading
“Jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda” – isteri Sultan Kelantan

“Jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda” – isteri Sultan Kelantan

Selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei 2019, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina dilihat semakin anggun apabila  memuat naik gambar semasa memberi ucapan hari raya di Instagram miliknya.

Kehadiran cahaya mata pertama Oksana Voevodina dan Sultan Kelantan disambut dengan penuh kesyukuran oleh bekas ratu cantik Rusia ini yang menyifatkan bahawa Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra sebagai satu rahmat buat dirinya.

Semalam, Oksana yang kini menggunakan nama Rihana Petra di Instagram telah menarik perhatian netizen kerana memuat naik kapsyen Instagram miliknya dalam bahasa Melayu. Perkara tersebut adalah pertama kali dilakukan selepas bergelar isteri kepada sultan kesayangan ramai.

Menerusi muat naik tersebut, isteri Sultan Kelantan ini telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang meninggalkan komen-komen positif kepadanya. Oksana turut memberitahu sedang hidup bahagia di samping seorang lelaki yang disayangi dan anak mereka yang baru dilahirkan.

See Also

“Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua.” 

“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.

View this post on Instagram

Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta. Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt. Dear Followers! Thank you for your warm kind comments. I am very pleased to read your congrats. Our life has changed since this little cute bunny came to our world. He came here to be give love and to be loved. When one person starts to take care of another one more than about himself, love turns into a family. Family and children are the most important things in this life. Take care of each other. Дорогие подписчики! Спасибо за ваши тёплые слова. Мне очень приятно читать ваши поздравления. Наша жизнь изменилась с появлением этого маленького человечка, который пришёл в этот мир дарить любовь и быть любимым. Когда каждый начинает заботиться о другом больше, чем о самом себе, любовь перерастает в семью. Семья и дети – это смысл жизни. Берегите друг друга.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.