fbpx
Now Reading
Aliff Aziz Dituduh Mencuri Duit di Kelab Malam?

Aliff Aziz Dituduh Mencuri Duit di Kelab Malam?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa Aliff Aziz mencuri wangnya ketika berada dalam sebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu.

Yunika menerusi portal berita haluankepri.com mengaku berjumpa dengan Aliff di Clarke Quay, Singapura.

“Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter.

“Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.

“Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.

“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” dakwanya.

Yunika melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kes itu kini dikendalikan oleh polis republik itu.

“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono,” katanya.

Beberapa portal berita di Indonesia menyebut Aliff Aziz sebagai artis yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Berita/Foto: xtra.com.my, Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.