fbpx
Now Reading
Kejam! Warga Emas Didera Paksa Minum Air Kencing, Makan Cili

Kejam! Warga Emas Didera Paksa Minum Air Kencing, Makan Cili

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Warga emas yang menghuni sebuah pusat jagaan di Seremban dipercayai didera seorang penyelia pusat berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) sejak semalam itu turut mendakwa, sekurang-sekurangnya 10 warga emas dikatakan sudah meninggal dunia akibat tindakan kejam penyelia wanita berkenaan.

Rakaman video penyelia pusat jagaan warga emas itu dipercayai mempermainkan penghuninya turut tersebar di FB.

Melalui mesej tular itu, warga emas yang menghuni pusat jagaan itu didakwa dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberi ubat tidur secara berlebihan.

Lebih kejam, ada antara mereka turut disepak, dipukul, ditampar, dikurung dan diikat pada kerusi selain dokumen pengenalan diri warga emas terbabit turut disimpan oleh penyelia berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Nicole Tan Lee Koon ketika dihubungi memaklumkan, beliau sudah ke pusat jagaan itu malam tadi.

Beliau berkata, pemilik pusat jagaan warga emas itu turut membuat laporan polis terhadap seorang kakitangannya berhubung kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kami akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat selepas siasatan selesai,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media berhubung isu itu akan diadakan 3 petang hari ini.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.