fbpx
Now Reading
Bubble Tea Tersekat di Usus Adalah Tidak Benar! Ini Khasiat Sebenar Bubble Tea

Bubble Tea Tersekat di Usus Adalah Tidak Benar! Ini Khasiat Sebenar Bubble Tea

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial insiden menimpa seorang remaja berusia 14 tahun di China dimana ratusan bubble tea tersangkut di ususnya.

Turut didedahkan ujian pemeriksaan x-ray pada badan remaja berkenaan. Perkara itu sekaligus membuatkan ramai peminat bubble tea bimbang kesan pengambilan minuman itu secara berlebihan.

Bagaimanapun, seorang pegawai perubatan yang berkhidmat di klinik kesihatan serta pengasas The Diagnosa dan Root of Science, Dr. Latif Saad memberitahu perkara itu sebenarnya adalah mustahil.

Menurut beliau, sebelum masuk ke dalam usus, bubble tea tersebut akan terlebih dahulu dihancurkan dan dicernakan di dalam perut.

Katanya lagi, sudah tentu kebanyakan daripada kita akan mengunyah bubble tea tersebut sebelum ditelan.

“Gambar tersebut adalah x-ray orang lain. Cuba lihat di dalam x-ray tersebut juga mempunyai tahi yang berbentuk bulat-bulat walaupun pesakit ini tidak mengambil bubble tea.

“Adakah sembelit ini disebabkan bubble tea yang diambil? Kemungkinan besar adalah tidak.

Menurutnya lagi, kebanyakkan bubble tea dibuat daripada Kanji Topioca yang dihasilkan daripada akar pokok Cassava.

Kajian menunjukkan Kanji Topioca boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak untuk melembutkan najis.

Jelasnya lagi, mungkin ada punca lain yang menyebabkan remaja itu mengalami masalah tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati apa sahaja makanan yang diambil perlulah bersederhana kerana jika terlebih makan mungkin menyebabkan anda akan menghadapi penyakit nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.